Saturday 18 February 2012

D!a TeTap AyaH Aku

Aku sendiri tak tahu kenapa aku perlu tulis pasal ni. Bukan tujuan aku untuk mengaibkan ayah aku sendiri. Bukan untuk memburukkan nama keluarga aku. Cuma aku nak meluahkan rasa hati yang dah lama aku pendam. Mungkin sesetengah orang boleh jadikan cerita ni sebagai satu pengajaran. 

DIA TETAP AYAH AKU! Semuanya bermula masa aku masih kecil lagi, waktu tu umur aku baru 4 tahun. Budak2 yang tak kenal erti kegembiraan atau kesedihan. Tapi itulah inilah hakikat yang harus aku terima. Bermula sejak tahun tu, aku tak dapat merasai kasih sayang seorang ayah lagi. Dia dah tak wujud, bukan dalam dunia ni, tapi dalam hidup aku. 

Dia punca benda ni semua berlaku. Dia yang jauhkan diri dari keluarga ni. Tapi aku terima semuanya dengan hati terbuka, mungkin ini takdir yang aku dan keluarga harus terima. Ramai orang nasihatkan aku, betapa buruk pun perangai dia, dia tetap ayah aku. Yah, aku terpaksa terima. Tapi bukan mudah untuk aku memaafkan dia.

Hampir 14 tahun dia tak pernah ambil berat pasal aku, mak and adik beradik aku. Dia tak pernah cuba telefon untuk bertanya khabar atau apa pun. Yah, aku terpaksa terima dia. Lepas apa yang dia dah lakukan dalam keluarga dia sendiri. 

Aku sendiri saksi betapa deritanya yang mak aku harus lalui. Setiap malam mak akan termenung kat luar rumah, menangis mengenangkan suami yang tak pernah berlaku jujur dan adil pada dia. Betapa terguris hati mak bila tahu ayah dah kahwin lain. Mungkin tu perkara biasa. Sunnah Nabi pun pernah cakap lelaki boleh kahwin 4. Tapi seandainya dia mampu dan boleh berlaku adil. 

Tapi bukan ayah. Sejak ayah kahwin lain, dia dah semakin jauh dari keluarga dia sendiri. Ayah tak pernah kisah sama ada kami mati atau hidup. Mungkin waktu semua ni mula2. berlaku, aku masih kecil lagi. Tapi bukan bermakna aku tak tahu apa berlaku dalam keluarga aku. Aku pernah menangis sebab aku dah tak ada ayah. 

Tiap kali aku pergi sekolah, aku mesti akan tengok kawan2 aku waktu ayah dorang hantar atau jemput kat sekolah. Dalam hati aku tertanya bila aku akan dapat peluang macam tu. Sepanjang aku sekolah selama 11 tahun ni, buku rekod aku tak pernah ada tanda tangan ayah. Sampai cikgu aku sendiri tanya kat mak, Wama tak ada ayah ke? tak pernah nampak pun. Yez, mak aku selalu cakap ayah dia kerja luar.

 Kadang2 aku fikir, kenapa aku dilahirkan sebagai anak dia? kenapa dia ayah aku? Aku tahu berdosa bila fikir macam tu. Tapi apa lagi yang boleh aku fikir. Ayah cakap dia terpaksa kahwin dengan perempuan tu sebab nak tolong perempuan tu. Tapi apa yang berlaku, kerana nak beri pertolongan, keluarga aku dah tak sempurna lagi. 

Aku tak boleh salahkan ayah je, mungkin dah tertulis ni takdir yang aku harus lalui. Cuma aku terkilan, aku tak pernah rasa macam mana dimanjakan oleh seorang yang bergelar ayah. Aku sendiri tak tahu sama ada ayah aku garang atau tak. Aku cuma kenal nama dia je. Pernah juga aku minta kat mak, 'boleh tak adik nak tukar nama binti jadi nama mak?' Sampai macam tu sekali, sebab aku tak kenal dia. Dia tak pernah ambil berat pasal aku. 

Dulu aku pernah berdoa supaya dia balik semula dalam keluarga ni, tapi sekarang hati aku dah hancur, hati aku dah tertutup. Aku tak boleh terima dia lagi. Apa perasaan seorang anak bila ayah dia sendiri akan cakap, " bakar je rumah tu, biar dia mampos anak beranak' Sanggup ke seorang ayah, seorang suami cakap perkara macam tu.Walaupun mungkin dia dah tak sayang keluarga ni, jangan buat perkara macam tu, menambahkan lagi perasaan benci aku pada dia. 

Semua orang nasihat supaya aku maafkan dia, terima dia semula dalam hidup aku. Tapi aku tak mampu, bukan mudah untuk lupakan semuanya. Aku benci ayah?? Tak!! tak pernah terlintas untuk aku bencikan dia. Tapi aku tak mampu untuk terima dia lagi, setiap kali aku pandang dia, aku akan ingat apa yang dia dah buat pada aku. Bila aku pandang dia, aku rasa dia macam orang asing, aku tak kenal dia! 

Mungkin aku perlukan masa untuk lupakan semua ni. Aku perlukan masa untuk maafkan dia. Siapa pun dia, buruk pun dia, dia tetap ayah aku! Seseorang yang telah bawa aku untuk melihat dunia yang tak mungkin aku dapat kalau bukan kerana dia. Ye, dia ayah aku.!!

1 comment: