Tuesday 28 February 2012

Bidadari Aku!

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:
ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

Thursday 23 February 2012

Cemburu??

Lumrah alam perasaan cemburu tu ada dalam diri setiap manusia. Memang tak dapat lari la. Kalau tak ada, memang orang tu tak normal la jawabnya.

Macam orang lain, diri aku sendiri tak dapat lari dari perasaan cemburu. Cemburu pada siapa?hmm
Actually, aku sendiri dah penat rasa macam ni. Kadang2 tu rasa nak menangis pun ada. Tapi aku tak mampu buat apa2. 

Dah kalau dia kata, bila ada awek, kawan tetap tak boleh lupa. Apa lagi yang boleh aku cakap. Nak menangis, nak merayu kat dia. NO! Nanti dia fikir aku ni terlalu lemah. Kuat cemburu.

Aku tak marah kalau memang dia nak berkawan. Ya, aku terima bila dia memang sangat mesra dengan semua orang. Tapi kot, kawan perempuan lagi ramai dari lelaki. Ok, kawan. Tapi  ada ke kawan yang akan mesej setiap hari?

Aish bila fikir aku ke yang terlalu cemburu. NOPE! Aku cuma takut sejarah berulang. Bermula dari kawan, akhirnya tahu2 dah lebih dari tu. NO! Aku tak sanggup hadapi semua tu lagi. Tolonglah faham.

Aku tak pernah marah kalau memang dia nak berkawan. Tapi ada ke seorang lelaki dan perempuan akan tetap kawan sampai bila? Aku rasa tak ada, tambah2 bila hari2 bertanya khabar. Bukti pun dah ada depan mata aku. Bestfriend aku sendiri buktikan.

Ok, bila dia cakap dia cuma nak tolong perempuan tu. Tapi tak ada orang lain ke? Dari dulu sampai sekarang cakap nak tolong. Aku faham dia nak tolong. Tapi tolong apa? Tolong hiburkan hati perempuan tu? Pujuk perempuan tu? Bermanja dengan perempuan tu?

Ya, aku open minded. Tapi ada tahap. Ni dah kalau setiap status dia update, perempuan tu ada. Hurmm tak apa, aku sabar lagi. Jangan sampai satu masa semua tu berubah nanti.

Aku pun tak faham perempuan tu. Kadang2 aku rasa jijik pun ada. Kenapa mesti nak tunjuk kau terlalu lemah? Kenapa mesti tunjuk yang kau terlalu baik? Ya, aku memang tak baik. Aku tak pandai nak lembut2 dengan dia. Aku tak pandai nak minta dia pujuk aku. Aku tak ceritakan semua masalah aku dengan dia. Tapi kenapa kau yang lebih? Kadang2 timbul dalam hati nak maki kau, tapi aku sedar kita sama2 perempuan.

Kenapa dia tak pernah nak cuba faham aku. Aku penat, aku pun taknak ada perasaan macam ni. Tapi aku tak boleh lari. Aku faham dia memang caring. Sampai semua perempuan bila ada masalah cari dia. Aku faham . 

Untuk dia, minta maaf sebab kutuk bestFriend awak. Tapi hanya niat untuk luahkan perasaan. Minta maaf kalau terkasar bahasa.


Dasar Lelaki !

Dasar lelaki, semuanya sama. Perangai gatal tu tetap ada dalam diri manusia yang bernama lelaki. Ok, aku terima. Tapi janganlah terlebih gatal, benci sungguh aku tengok. Maybe bukan semua lelaki macam tu, sebab iman dorang kuat lagi, aku maksudkan sesetengah lelaki. Siapa yang makan cili terasa lah pedasnya.

Aku cakap ni bukan sengaja nak menuduh atau apa, tapi berdasarkan pengalaman yang aku sendiri hadapi. Bukan sekali, tapi banyak kali. Sebab tu jugalah terlintas dalam kepala otak aku nak tulis pasal ni.

Sejak aku kerja kat Pizza hut ni, dah berapa ramai lelaki yang aku jumpa spesis macam ni. Suka ambil kesempatan kat perempuan. 

Kerja aku sebagai waitress kat Pizza, so aku haruslah hantar makanan kat customer, ambil order, clean table and macam2 lah. Ada satu malam tu, ada cutomer lelaki lah masuk makan kat Pizza ni. Ok, aku tengok muka dia baik je. time aku ambil order, aku ok lagi, memang lah kena senyum je setiap masa. tapi yang aku bengang, tiap kali aku hantar makanan conferm dia ambil kesempatan pegang tangan aku. Tapi apa je mampu aku buat, kalau report kat manager, mati2 aku yang kena marah punya. So aku senyum jela. Dalam hati aku rasa nak tampar2 muka customer tu. Aish, janganlah datang lagi, menyampah aku tengok muka kau.

Itu baru satu cerita, belum aku nak tulis semua. Penat lah nak tulis panjang2.hehe..

Ok, ni lagi satu cerita. Pasal budak tempat kerja aku juga. Aish budak ni lagi sorang. Suka ambil kesempatan. Asalkan ada peluang ada je dia nak sakat aku. Ok yang tu aku terima. Tapi dah kalau sampi tahap nak pegang2 aku, memang tunggu penumbuk je dari aku. Aku still boleh sabar lagi, jangan sampai gunung berapi aku ni meletup.

Bukan aku nak burukkan lelaki, tapi itulah kenyataan. Memang perempuan pun ada juga yang gatal2 ni. Tapi tak adalah sampai ambil kesempatan nak pegang lelaki. Memang tak ada maruah la perempuan macam tu.

Aku nak nasihatkan lah pada kaum2 Adam, janganlah suka ambil kesempatan macam tu. Kalau nak sangat, nikah je. Tak ada siapa nak marah. Banyak2 la ingat dosa pahala.


Monday 20 February 2012

PENGAKUAN :'(

 Satu malam yang sunyi tanpa ada satu bunyi pun yang akan mencacatkan keindahan malam itu. Sejurus selepas aku pulang dari bekerja. Dia menghubungiku, melepaskan rindu yang tak tertanggung lagi. Dia menegur aku kerana tidak mendengar nasihatnya. 

Dia menasihati aku untuk pergi ke klinik kerana kesihatan aku yang tak berapa elok sejak kebelakangan ini. Batuk aku semakin menjadi2 walaupun sudah hampir 2 minggu aku mengalaminya. Tidak boleh dikira berapa banyak ubat yang dah aku telan.  . 

Hampir 20 minit dia memperkatakan perkara yang sama. Dia marah kerana aku dah berjanji sebelum ini. Aku minta maaf pada dia, tapi dia hanya mampu berkata " ikut awak la, saya dah malas nak suruh ". Tiba2 hati aku jadi pilu. Bukan pilu kerana dia berkata begitu, tapi aku berasa diri aku disayangi. Ada seseorang yang akan sentiasa memberi perhatian terhadap aku.

Dia kata, dia tak nak aku sakit. Dia terlalu sayangkan aku. Dia risau bila tengok keadaan aku macam tu. Dia suruh aku berjanji sekali lagi untuk pergi ke klinik. Ya, untuk kali ini aku berjanji untuk mendengar nasihat dia.

Dia buat satu pengakuan yang aku pasti mana2 gadis akan cair apabila orang yang tersayang membuat pegakuan seperti itu. Sama seperti aku yang mula terdiam selepas mendengar dia mengungkapkan ayat itu. Dia mengatakan yang dia dah mula yakin kalau aku adalah insan yang terbaik untuk dia. Dia mengaku kalau diawal perhubungan ni dulu belum timbul perasaan kasih seperti sekarang. Sama seperti aku yang hanya menerima dia untuk menghiburkan hati aku yang dah lama kesepian. Dia mengaku kalau dulu dia hanya mempermainkan perasaan perempuan. 

Tapi sekarang dia mengaku kalau aku yang berjaya mengubah dia untuk jadi seseorang yang hanya akan setia pada yang satu. Mungkin semua ni berlaku dalam sekelip mata, namun inilah yang dikatakan jodoh. Walau hampir 2 tahun kami terpisah, namun apabila joddoh sudah ditakdirkan antara kami, pasti akan bertemu juga. Walaupun kadang2 semua ni nampak tak logik.

Alhamdulillah kerana pengakuan dia yang lahir dari hati dia sendiri, aku semakin rasa yang perasaan kasih itu semakin mendalam. Hanya kerana dia yang membuat pengakuan yang sehingga mampu membuat aku hampir mengalirkan air mata. 

Untuk si dia, terima kasih kerana telah memberi satu kehidupan baru untuk saya. I LOVE U MORE THAN WORDS <3




pandang pertama :)

Hari2 bila aku kerja, aku akan nampak dia! Dia berada di satu sudut sebuah kedai. Pertama kali aku terpandang dia, aku dah jatuh hati. Rupa dia yang menarik minat aku, walaupun simple je, it just nice to me. Hari2 aku duduk kat depan Restoran Pizza Hut, aku takkan lepaskan peluang untuk tengok dia. Hari2 aku akan pastikan yang dia masih ada. Aku berjanji dengan diri aku sendiri aku akan memiliki dia. 

Setiap hari dia akan berada di sudut tu juga, setiap kali aku datang kerja, dia pasti dah berada di tempatnya. Aku hanya mampu tersenyum ketika melihat dia. Aku tahu dia tak pernah sedar akan kehadiran aku. Siapa saja aku untuk memiliki dia. Tapi aku yakin, satu hari aku akan berjaya. 

Dia sering tampil dengan penuh bergaya, walaupun hampir setiap hari penampilan yang sama sahaja. Namun hati aku tetap terpaut. Aku akan sentiasa berdoa supaya aku akan memiliki dia. Cuma dia di mata aku sekarang. Sehelai baju yang tak bernyawa yang hanya menunggu seseorang untuk memilikinya.

I LOVE YOU SO MUCH :P

MaNUs!a SoMb0ng

Cukup aku benci dengan gelaran tu. Bukan tujuan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi anggaplah ini sebagai satu nasihat untuk sesiapa yang membaca. Manusia sombong! 

Kenapa mesti nak sombong dengan orang lain? Ya, memang tak dapat dinafikan diri awak tu cantik, tinggi dan kurus. Tapi apa guna semua tu kalau tiada langsung budi bahasa dalam diri awak. Tolonglah sedar, tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Hanya ALLAH!

Kenapa mesti bermasam muka dengan orang lain? Sedangkan Allah bagi kita muka yang yang sempurna dengan mata , hidung dan mulut untuk kita menggunakannya dengan betul. Tak tahu ke kalau senyuman tu satu sedekah, boleh juga dapat pahalanya. Senyuman tu juga satu pengubat untuk sentiasa kelihatan awet muda.huhu..( praktikkan )

Tapi kalau awak bermasam muka, hanya akan dapat kebencian dari orang lain. Sudah tentu orang tu akan bercakap buruk tentang diri awak. Samalah dengan orang tu mendoakan yang buruk2 untuk awak, sebab percakapan tu satu doa. (yeke)

Tolonglah berubah, sebab kecantikan, kebijaksanaan ataupun diri awak sendiri hanya pinjaman dari Allah. Bila2 masa Dia boleh tarik semua tu. 

Bagi yang membaca janganlah biar diri kamu digelar manusia sombong, kerana tiada yang suka. bahkan Allah sendiri mahu makhluknya berbaik2 antara satu sama lain.Jadilah manusia yang sentiasa merendah diri :)


Saturday 18 February 2012

GaDis PiZa XD

Gadis piza! huhu. Better la dari budak piza. Siapa lagi yang bagi aku title ni kalau bukan Mr.J aku tu. Fine, aku terima sebab tak teruk sangat. Aku tak pernah terfikir pun akan kerja kat Restoran Pizza Hut. Time sekolah dulu cuma berazam nak kerja kat KFC atau Cool Blog je. Tak pernah terlintas langsung dalam otak aku dapat kerja kat sini.

 Mula2 nak interview dulu, aku takut juga. Rasa berbelah bagi nak interview ke tidak. Tapi akak aku paksa juga. Sekali dapat manager tu yang interview aku. Wah! Pandangan pertama aku, baik gila manager aku ni + kelakar + peramah. Sepanjang interview aku cool je. Tup2 terus dapat kerja hari tu juga. Bersyukur gila, sebulan aku duduk menganggur je kat rumah. 

Tiba hari untuk aku start kerja, punya la berdebar + takut + happy pun ada juga. Hari first tu memang penat gila lah. Balik kerja je punya lah sakit kaki aku ni, rasa nak menangis pun ada juga. Alhamdulilah, aku dapat seorang manager yang sangat caring pada staf dia and aku dapat rakan sekerja yang sangat peramah and cool je. Kitaorang dah macam satu family, semuanya buat sama2. Macam Pizza Hut tu dah jadi rumah kedua untuk kitaorang. 

Sepanjang sebulan aku kerja ni, macam2 pengalaman aku dapat. Jumpa ramai manusia, macam kerenah. Ada yang buat aku ketawa, ada yang buat aku hampir menangis, ada yang buat aku sakit hati, ada yang buat aku rasa terharu. Wah! semua lah. Satu lagi bonus bila aku kerja kat sini, aku dapat improvekan BI aku yang sebelum ni agak tidak memberangsangkan. huhu. 

Tipu aku cakap tak bertuah kerja piza, gaji dia boleh buat mata aku timbul bintang lorh.hahaha...Kira okey la untuk budak lepasan SPM macam aku yang baru pertama kali nak pegang duit. Niat aku kerja pun sebab nak kumpul duit untuk sambung belajar nanti. Insyaallah kalau ada dapat panggilan dari mana2 universiti, aku akan resign. Mungkin perasaan sayang untuk tinggalkan kerja tu sayang, aku akan rindu suasana kerja, rindu kawan2 aku. Tapi ni untuk masa depan aku juga. 

So??? buat masa sekarang aku harus menikmati kerja ni dengan sebaiknya. Aku akan cuba jadi pekerja yang cemerlang. Satu je masalah, aku kena keluarkan suara aku yang tak seberapa lunak ni untuk layan customer.hmmm..mula2 tu ada juga perasaan malu, lama2 dah jadi perkara biasa pula. Yuppp aku enjoy kerja kat cini. Aku mula sayangkan piza.haha...sebab.....hari2 aku boleh makan piza free!

D!a TeTap AyaH Aku

Aku sendiri tak tahu kenapa aku perlu tulis pasal ni. Bukan tujuan aku untuk mengaibkan ayah aku sendiri. Bukan untuk memburukkan nama keluarga aku. Cuma aku nak meluahkan rasa hati yang dah lama aku pendam. Mungkin sesetengah orang boleh jadikan cerita ni sebagai satu pengajaran. 

DIA TETAP AYAH AKU! Semuanya bermula masa aku masih kecil lagi, waktu tu umur aku baru 4 tahun. Budak2 yang tak kenal erti kegembiraan atau kesedihan. Tapi itulah inilah hakikat yang harus aku terima. Bermula sejak tahun tu, aku tak dapat merasai kasih sayang seorang ayah lagi. Dia dah tak wujud, bukan dalam dunia ni, tapi dalam hidup aku. 

Dia punca benda ni semua berlaku. Dia yang jauhkan diri dari keluarga ni. Tapi aku terima semuanya dengan hati terbuka, mungkin ini takdir yang aku dan keluarga harus terima. Ramai orang nasihatkan aku, betapa buruk pun perangai dia, dia tetap ayah aku. Yah, aku terpaksa terima. Tapi bukan mudah untuk aku memaafkan dia.

Hampir 14 tahun dia tak pernah ambil berat pasal aku, mak and adik beradik aku. Dia tak pernah cuba telefon untuk bertanya khabar atau apa pun. Yah, aku terpaksa terima dia. Lepas apa yang dia dah lakukan dalam keluarga dia sendiri. 

Aku sendiri saksi betapa deritanya yang mak aku harus lalui. Setiap malam mak akan termenung kat luar rumah, menangis mengenangkan suami yang tak pernah berlaku jujur dan adil pada dia. Betapa terguris hati mak bila tahu ayah dah kahwin lain. Mungkin tu perkara biasa. Sunnah Nabi pun pernah cakap lelaki boleh kahwin 4. Tapi seandainya dia mampu dan boleh berlaku adil. 

Tapi bukan ayah. Sejak ayah kahwin lain, dia dah semakin jauh dari keluarga dia sendiri. Ayah tak pernah kisah sama ada kami mati atau hidup. Mungkin waktu semua ni mula2. berlaku, aku masih kecil lagi. Tapi bukan bermakna aku tak tahu apa berlaku dalam keluarga aku. Aku pernah menangis sebab aku dah tak ada ayah. 

Tiap kali aku pergi sekolah, aku mesti akan tengok kawan2 aku waktu ayah dorang hantar atau jemput kat sekolah. Dalam hati aku tertanya bila aku akan dapat peluang macam tu. Sepanjang aku sekolah selama 11 tahun ni, buku rekod aku tak pernah ada tanda tangan ayah. Sampai cikgu aku sendiri tanya kat mak, Wama tak ada ayah ke? tak pernah nampak pun. Yez, mak aku selalu cakap ayah dia kerja luar.

 Kadang2 aku fikir, kenapa aku dilahirkan sebagai anak dia? kenapa dia ayah aku? Aku tahu berdosa bila fikir macam tu. Tapi apa lagi yang boleh aku fikir. Ayah cakap dia terpaksa kahwin dengan perempuan tu sebab nak tolong perempuan tu. Tapi apa yang berlaku, kerana nak beri pertolongan, keluarga aku dah tak sempurna lagi. 

Aku tak boleh salahkan ayah je, mungkin dah tertulis ni takdir yang aku harus lalui. Cuma aku terkilan, aku tak pernah rasa macam mana dimanjakan oleh seorang yang bergelar ayah. Aku sendiri tak tahu sama ada ayah aku garang atau tak. Aku cuma kenal nama dia je. Pernah juga aku minta kat mak, 'boleh tak adik nak tukar nama binti jadi nama mak?' Sampai macam tu sekali, sebab aku tak kenal dia. Dia tak pernah ambil berat pasal aku. 

Dulu aku pernah berdoa supaya dia balik semula dalam keluarga ni, tapi sekarang hati aku dah hancur, hati aku dah tertutup. Aku tak boleh terima dia lagi. Apa perasaan seorang anak bila ayah dia sendiri akan cakap, " bakar je rumah tu, biar dia mampos anak beranak' Sanggup ke seorang ayah, seorang suami cakap perkara macam tu.Walaupun mungkin dia dah tak sayang keluarga ni, jangan buat perkara macam tu, menambahkan lagi perasaan benci aku pada dia. 

Semua orang nasihat supaya aku maafkan dia, terima dia semula dalam hidup aku. Tapi aku tak mampu, bukan mudah untuk lupakan semuanya. Aku benci ayah?? Tak!! tak pernah terlintas untuk aku bencikan dia. Tapi aku tak mampu untuk terima dia lagi, setiap kali aku pandang dia, aku akan ingat apa yang dia dah buat pada aku. Bila aku pandang dia, aku rasa dia macam orang asing, aku tak kenal dia! 

Mungkin aku perlukan masa untuk lupakan semua ni. Aku perlukan masa untuk maafkan dia. Siapa pun dia, buruk pun dia, dia tetap ayah aku! Seseorang yang telah bawa aku untuk melihat dunia yang tak mungkin aku dapat kalau bukan kerana dia. Ye, dia ayah aku.!!

Dia Aku Punya :D

Dia aku punya! Dia bukan cinta pertama aku. Dia bukan cinta pandang pertama aku. Dia langsung tidak memenuhi ciri2 lelaki idaman aku. Tapi dia ada sesuatu yang membuatkan aku untuk membuka pintu hati aku untuk lelaki semula. Aku sendiri tidak tahu apa?

Tapi aku percaya dia. Bukan senang untuk aku bagi hati ni pada sesiapa. Sudah cukup 2 kali aku menangis sebab lelaki. Kalau boleh aku taknak lalui semua tu lagi. Aku harap dialah MR.Right aku.hehe..Tapi jodoh semuanya ditangan Tuhan. kita cuma mampu merancang.

Ramai orang cakap dia playboy, dia tak setia pada yang satu. Tapi kenapa aku terima dia. Sebab aku yakin dia akan berubah. Semua manusia pernah buat silap. Aku tak peduli apa orang cakap, janji aku percaya dia and boleh terima dia seadanya.

Aku cuma mampu berdoa supaya hubungan ni akan kekal sampai mati :)..Dia aku punya! Aku janji dengan diri aku selagi dia tak melukai aku, aku takkan melukai dia. Hati aku dah mula sayangkan dia. Mungkin setakat ni belum 100%, tapi saat tu akan tiba juga.

Dia yang berjaya mengubah aku untuk jadi seseorang yang lebih matang. Dia ajar aku untuk lebih berdikari. Dia bimbing aku bila aku tidak berada di jalan yang betul. Dia terlalu caring untuk aku. sekali aku buat silap, mesti dia akan membebel. Tapi aku tak pernah marah, sebab aku tahu dia sayangkan aku. Semoga hubungan ni akan kekal samapai mati :)

Thursday 16 February 2012

Assalamualaikum.

Hai kawan kawan. Nama saya NurHizwama. Panggil je wama or sumi. Kih kih kih. :)